Sunday, July 4, 2010

Program SPIES..

Assalammualaikum wbt..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HEP yang mengadakan program ini kepada para pelajar terutama Majlis Residen (MR) yang baru tertubuh.. Tidak dilupakan juga kepada MR yang terlibat seramai 48 orang kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga melibatkan diri dalam program ini. Juga kepada semua Urusetia program yang bertungkus lumus melaksanakan dan membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En Zulkifli bin Mohd Kamil(Penolong Pendaftar HEP) dan Prof. Madya Haji Zainal Abidin bin Kidam (TNC HEP) kerana sudi hadir dan sekaligus merasmikan majlis penutup program tersebut.



Pelbagai aktiviti telah dijalankan samada indoor & outdoor. Program Indoor lebih kepada slot memperincikan SPIES itu sendiri yang terdiri dari 5 elemen utama iaitu :-





S – Spiritual

P – Physical

I – Intellectual

E – Emotional

S – Social






Progam outdoor pula mengaplikasikan apa yang dipelajari dari 5 elemen tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalah membuat rakit sendiri & mendayung rakit bersama kumpulan masing-masing ke destinasi yang dituju. Beberapa kejadian tidak diingini telah berlaku, namun ia tidak mematahkan semangat mereka meneruskan perjuangan sampai ke destinasi. Saya secara jujurnya berasa bangga akan sikap kegigihan dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang tidak mengenal putus asa untuk terus berusaha sama-sama bekerjasama antara satu sama lain.






Selain itu senaman pagi dijalankan sebagai aktivti riadah di samping merehatkan minda dan fizikal para peserta program.



Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak mendung dan hujan di sana. Tapi ia tidak mematahkan semangat para peserta dan Urusetia untuk meneruskan program tersebut. Gambar-gambar yang telah diambil akan diupload tak lama lagi. Diharap bersabar. Surat pelepasan kuliah akan diberikan kepada pelajar yang ada kelas pada hari jumaat dan sabtu lepas. Bila masa/tempat untuk mendapatkan surat tersebut akan dimaklumkan kemudian.





Akhir kata, diharapkan dengan berakhirnya program ini, bukan bermakna berakhirnya semangat berkobar-kobar sepertimana semasa dalam program tersebut. Malah gunakanlah apa yang diperolehi , samada ilmu/pengalaman tersebut ke arah hala tuju yang membina hidup yang lebih baik. Terutama sekali sebagai seorang pemimpin kepada siswa/siswi UNISEL, jadilah seorang pemimpin yang berwibawa. Jangan lupa dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang tidak dapat melibatkan diri dalam program tersebut.


Baik, yang melaporkan,


Hanisah Ahmad

(Felo Usman Awang)


No comments:

Post a Comment

Sila komen