Thursday, July 1, 2010

Mesyuarat Kolej bersama IKMI

Bestari Jaya, 1 Julai 2010 - Institut Kerjasama Malaysia Indonesia (IKMI) akan bekerjasama dengan pengurusan kolej untuk menyambut mahasiswa daripada universitas Indonesia. 33 orang mahasiswa akan tinggal bersama-sama ahli Majlis Residen di kolej yang telah ditetapkan. Ini bertujuan untuk memberi pengalaman suasana kehidupan di kampus dan kolej. Majlis menyambut kehadiran mereka akan berlangsung pada Isnin 5 Julai 2010 sebelah pagi di Fakulti Sains Sosial. Program silaturahmi ini akan terus dijalin dan insya Allah, kolej juga akan merancang untuk melakukan ziarah balas ke sana.

No comments:

Post a Comment

Sila komen