Pemberitahuan ini bertujuan untuk mempelawa warga kerja UNISEL yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah untuk memohon jawatan Felo Residen di Asrama Jana Niaga, Kampus UNISEL Bestari Jaya
 
Antara tugas-tugas Felo Residen :-
·         Menggalakkan aktiviti-aktiviti pelajar yang menjurus ke arah keintektualan, kerohanian, kemasyarakatan, kebajikan, sukan, riadah dan gaya hidup sihat.
·         Memberi bimbingan dan membantu menyelesaikan masalah pelajar menerusi kaunseling dan khidmat nasihat.
·         Membantu siswa/i bagi mendapatkan rawatan di klinik kampus atau luar bagi kes-kes kecemasan.
·         Memantau dan mengawasi tatatertib siswa/i bagi memastikan Peraturan Am, Tatatertib dan Peraturan Keselamatan Asrama dipatuhi.
·         Bekerjasama dengan Unit Kediaman Pelajar, HEP dan Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dalam hal-hal berkaitan pengurusan penginapan pelajar.
 
Syarat-syarat Kelayakan :-
·         Warganegara Malaysia
·         Kakitangan kategori Kumpulan A  (Pengurusan & Profesional)
·         Berjawatan tetap / kontrak
·         Lain-lain syarat (diberi keutamaan)
      - Berpengalaman dalam pengurusan kolej dan aktiviti pelajar
      - Memiliki Lesen Memandu Kelas D
      - Memiliki kenderaan sendiri
      - Mampu bekerja dalam satu pasukan dan bertugas di luar waktu pejabat
      - Mesra pelajar
 
 
Cara-cara memohon :-
Permohonan adalah menerusi borang dan hendaklah dihantar ke Pejabat Unit Kediaman Pelajar, HEP di Bangunan Canseleri, Kampus UNISEL Bestari Jaya selewat-lewatnya pada 14hb Julai 2010. Calon-calon akan disenarai pendek dan akan dipanggil temuduga pada 16hb Julai 2010 (tertakluk kepada perubahan).
 
UNIT KEDIAMAN PELAJAR, HEP
Tel : 03-32898281  Faks : 03-32898812  Emel : residenbj@unisel.edu.my   L/Web : http://kediaman.unisel.edu.my
 
No comments:
Post a Comment
Sila komen