 Jawatankuasa Felo Residen telah bersetuju untuk menghantar Muhamad Idzham B. Baharin dari Kolej Munsyi Abdullah & Suhada Binti Kasim dari Kolej Pak Sako untuk mewakili kolej bagi menghadiri Seminar Pembangunan Mahasiswa di Kolej Kediaman peringkat  IPT 2010 (SEPAKAT 2010) bertempat di UIA, Gombak. Mereka juga akan mengadakan perkongsian ilmu selepas pulang daripada program bersama Majlis Residen dan Jawatankuasa Felo Residen. Masa dan tempat akan dimaklumkan pada masa terdekat.
Jawatankuasa Felo Residen telah bersetuju untuk menghantar Muhamad Idzham B. Baharin dari Kolej Munsyi Abdullah & Suhada Binti Kasim dari Kolej Pak Sako untuk mewakili kolej bagi menghadiri Seminar Pembangunan Mahasiswa di Kolej Kediaman peringkat  IPT 2010 (SEPAKAT 2010) bertempat di UIA, Gombak. Mereka juga akan mengadakan perkongsian ilmu selepas pulang daripada program bersama Majlis Residen dan Jawatankuasa Felo Residen. Masa dan tempat akan dimaklumkan pada masa terdekat.Tuesday, July 20, 2010
JFR hantar 2 wakil ke SEPAKAT 2010
 Jawatankuasa Felo Residen telah bersetuju untuk menghantar Muhamad Idzham B. Baharin dari Kolej Munsyi Abdullah & Suhada Binti Kasim dari Kolej Pak Sako untuk mewakili kolej bagi menghadiri Seminar Pembangunan Mahasiswa di Kolej Kediaman peringkat  IPT 2010 (SEPAKAT 2010) bertempat di UIA, Gombak. Mereka juga akan mengadakan perkongsian ilmu selepas pulang daripada program bersama Majlis Residen dan Jawatankuasa Felo Residen. Masa dan tempat akan dimaklumkan pada masa terdekat.
Jawatankuasa Felo Residen telah bersetuju untuk menghantar Muhamad Idzham B. Baharin dari Kolej Munsyi Abdullah & Suhada Binti Kasim dari Kolej Pak Sako untuk mewakili kolej bagi menghadiri Seminar Pembangunan Mahasiswa di Kolej Kediaman peringkat  IPT 2010 (SEPAKAT 2010) bertempat di UIA, Gombak. Mereka juga akan mengadakan perkongsian ilmu selepas pulang daripada program bersama Majlis Residen dan Jawatankuasa Felo Residen. Masa dan tempat akan dimaklumkan pada masa terdekat.Kolej Pak Sako anjur Malam Selaut Kasih
 Bestari Jaya, 20 Jul 2010 - Kolej Pak Sako melangkah maju dengan mengadakan Malam Selaut Kasih diperkarangan kolej menghimpunkan selaut penghuni seramai hampir 300 orang. Acara yang ringkas tetapi meriah dengan hiasan di tengah-tengah bulatan menarik perhatian ramai. Program yang bermula jam 11.00 malam turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Felo Residen (JFR), En Izwan Suhadak Ishak dan Ketua Felo, Cik Shireen serta Cik Nafiza.
Bestari Jaya, 20 Jul 2010 - Kolej Pak Sako melangkah maju dengan mengadakan Malam Selaut Kasih diperkarangan kolej menghimpunkan selaut penghuni seramai hampir 300 orang. Acara yang ringkas tetapi meriah dengan hiasan di tengah-tengah bulatan menarik perhatian ramai. Program yang bermula jam 11.00 malam turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Felo Residen (JFR), En Izwan Suhadak Ishak dan Ketua Felo, Cik Shireen serta Cik Nafiza.Pengerusi Majlis Residen (MR) memulakan dengan kata-kata aluan kemudian menjemput En Izwan menyampaikan ucapan perangsang dihadapan warga kolej yang penuh bersemangat. "Tahniah kepada Felo dan Majlis Residen kerana bertungkus lumus menjayakan program seumpama ini.", kata En Izwan dalam ucapannya. Dalam sesi berikut, Pengerusi MR memperkenalkan logo, visi, misi, objektif Kolej Pak Sako (KPS). Menarik perhatian adalah sorakan rasmi KPS yang diketuai oleh ahli MR. Upacara memotong reben merasmikan program oleh Pengerusi JFR menamatkan acara dan hujan pun mencurah ke bumi KPS.
Monday, July 19, 2010
Temuduga calon Felo
 Bestari Jaya 19 Julai 10 - Jawatankuasa Felo Residen (JFR) dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menemuduga calon Felo bagi pengambilan bulan Ogos. Ini adalah bertujuan untuk mengisi tiga kekosongan jawatan Felo di kolej kediaman. Panel penilai terdiri daripada Pengerusi JFR, Sdr Izwan Suhadak Bin Ishak, Cik Hanisah (Ketua Felo Usman Awang) dan Tn Hj Azrin selaku Penolong Pendaftar.
Bestari Jaya 19 Julai 10 - Jawatankuasa Felo Residen (JFR) dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menemuduga calon Felo bagi pengambilan bulan Ogos. Ini adalah bertujuan untuk mengisi tiga kekosongan jawatan Felo di kolej kediaman. Panel penilai terdiri daripada Pengerusi JFR, Sdr Izwan Suhadak Bin Ishak, Cik Hanisah (Ketua Felo Usman Awang) dan Tn Hj Azrin selaku Penolong Pendaftar.Antara kriteria yang diambil kira adalah pengalaman dalam organisasi dan penglibatan dalam kolej semasa calon belajar. Ciri tambahan yang turut dilihat adalah keupayaang menjalankan ruqyah (rawatan rohani) bagi mendepani pelajar yang terkena histeria. Calon yang berjaya akan dimaklumkan oleh Unit Kediaman Pelajar, HEP dalam masa terdekat. Insya Allah akan ada sesi kedua bagi memberi lagi peluang kepada staf Gred A yang berminat menyumbang kepada pembangunan kolej.
Sunday, July 11, 2010
Pemberitahuan Kekosongan Jawatan Felo Residen
Antara tugas-tugas Felo Residen :-
· Menggalakkan aktiviti-aktiviti pelajar yang menjurus ke arah keintektualan, kerohanian, kemasyarakatan, kebajikan, sukan, riadah dan gaya hidup sihat.
· Memberi bimbingan dan membantu menyelesaikan masalah pelajar menerusi kaunseling dan khidmat nasihat.
· Membantu siswa/i bagi mendapatkan rawatan di klinik kampus atau luar bagi kes-kes kecemasan.
· Memantau dan mengawasi tatatertib siswa/i bagi memastikan Peraturan Am, Tatatertib dan Peraturan Keselamatan Asrama dipatuhi.
· Bekerjasama dengan Unit Kediaman Pelajar, HEP dan Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dalam hal-hal berkaitan pengurusan penginapan pelajar.
Syarat-syarat Kelayakan :-
· Warganegara Malaysia
· Kakitangan kategori Kumpulan A (Pengurusan & Profesional)
· Berjawatan tetap / kontrak
· Lain-lain syarat (diberi keutamaan)
- Berpengalaman dalam pengurusan kolej dan aktiviti pelajar
- Memiliki Lesen Memandu Kelas D
- Memiliki kenderaan sendiri
- Mampu bekerja dalam satu pasukan dan bertugas di luar waktu pejabat
- Mesra pelajar
Cara-cara memohon :-
Permohonan adalah menerusi borang dan hendaklah dihantar ke Pejabat Unit Kediaman Pelajar, HEP di Bangunan Canseleri, Kampus UNISEL Bestari Jaya selewat-lewatnya pada 14hb Julai 2010. Calon-calon akan disenarai pendek dan akan dipanggil temuduga pada 16hb Julai 2010 (tertakluk kepada perubahan).
UNIT KEDIAMAN PELAJAR, HEP
Tel : 03-32898281 Faks : 03-32898812 Emel : residenbj@unisel.edu.my L/Web : http://kediaman.unisel.edu.my
Tuesday, July 6, 2010
Malam Kebudayaan Nusantara
ATURCARA MAJLIS 
MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA PROGRAM PENUTUP LAWATAN DARI
LP3I DAN STIAMI, INDONESIA
Masa                                                                                                   Program
8.00 malam                                                                                         Ucapan Aluan
8.10 malam                                                                                         Ucapan Wakil Delegasi
8.20 malam                                                                                         Ucapan Dekan
                                                                                                            FSSPI / Pengarah IKMI
8.30 malam                                                                                         Persembahan Kebudayaan
9.30 malam                                                                                         Penyampaian Sijil
10.00 malam                                                                                       Bersurai
IZWAN SUHADAK ISHAK
Pengerusi
Jawatankuasa Felo Residen
Sunday, July 4, 2010
Program SPIES..
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HEP yang mengadakan program ini kepada para pelajar terutama Majlis Residen (MR) yang baru tertubuh..  Tidak dilupakan juga kepada MR yang terlibat seramai 48 orang kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga melibatkan diri dalam program ini.  Juga kepada semua Urusetia program yang bertungkus lumus melaksanakan dan membantu menjayakan program ini.  Terima kasih juga diucapkan kepada En  Zulkifli bin Mohd Kamil(Penolong Pendaftar HEP) dan Prof. Madya Haji Zainal Abidin bin Kidam (TNC HEP) kerana sudi hadir dan sekaligus merasmikan majlis penutup program tersebut. 
 Pelbagai aktiviti telah dijalankan samada indoor & outdoor.  Program Indoor lebih kepada slot memperincikan SPIES itu sendiri yang terdiri dari 5 elemen utama iaitu :- 
 
 
 S – Spiritual P – Physical I – Intellectual E – Emotional S – Social 
    
 Progam outdoor pula mengaplikasikan apa yang dipelajari dari 5 elemen tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalah membuat rakit sendiri & mendayung rakit bersama kumpulan masing-masing ke destinasi yang dituju. Beberapa kejadian tidak diingini telah berlaku, namun ia tidak mematahkan semangat mereka meneruskan perjuangan sampai ke destinasi.  Saya secara jujurnya berasa bangga akan sikap kegigihan dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang tidak mengenal putus asa untuk terus berusaha sama-sama bekerjasama antara satu sama lain.   
 Selain itu senaman pagi dijalankan sebagai aktivti riadah di samping merehatkan minda dan fizikal para peserta program. Akhir kata, diharapkan dengan berakhirnya program ini, bukan bermakna berakhirnya semangat berkobar-kobar sepertimana semasa dalam program tersebut.  Malah gunakanlah apa yang diperolehi , samada ilmu/pengalaman tersebut ke arah hala tuju yang membina hidup yang lebih baik. Terutama sekali sebagai  seorang pemimpin kepada  siswa/siswi  UNISEL, jadilah seorang pemimpin yang berwibawa.  Jangan lupa dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang tidak dapat melibatkan diri dalam program tersebut. Baik, yang melaporkan, Hanisah Ahmad (Felo Usman Awang)
  

 
  
 

