Sunday, June 20, 2010

Taklimat Kolej di Minggu Aspirasi Siswa

Bestari Jaya, 21 Jun 2010 - Minggu Aspirasi Siswa (MAS) sedang berlangsung sepanjang minggu ini di Universiti Industri Selangor. Memetik kata Presiden MPP UNISEL, Sdr Azim Kasim, "Hampir 1400 orang mahasiswa baru bagi kemasukan semester 1/2010/2011". Jawatankuasa Felo Residen (JFR) telah dijemput untuk memberikan taklimat berkaitan kolej kepada semua mahasiswa. En Izwan Suhadak Ishak telah mewakili JFR memberikan pesan-pesan penting buat warga baru kolej. Turut hadir Tn Hj Azrin mewakili HEP dan En Samsuddin daripada Jana Niaga Sdn Bhd. Tahniah kepada mahasiswa yang telah terpilih belajar di Unisel Kampus Bestari Jaya.

Nota : Sila muat turun Taklimat Kolej.ppt.

No comments:

Post a Comment

Sila komen