Sunday, June 20, 2010

Selamat Datang kepada Warga Kolej Baru

Jawatankuasa Felo Residen (JFR) mengucapkan Selamat Datang kepada Warga Kolej Baru bagi kemasukan Semester 1/10/11. Kami mengalu-alukan kehadiran mahasiswa dan tahniah kerana terpilih untuk belajar di Universiti Industri Selangor Kampus Bestari Jaya. Semoga kehadiran ke sini akan membawa suatu pengalaman baru dan indah. JFR dan Majlis Residen (MR) sedia menanti anda untuk bertemu dalam kesempatan yang ada pada masa terdekat. Semoga kemesraan ukhwah akan terjalin dengan simpulan erat dan berpanjangan selama-lamanya.

PEKA.MESRA.PRIHATIN


IZWAN SUHADAK ISHAK
Pengerusi
Jawatankuasa Felo Residen

No comments:

Post a Comment

Sila komen