Tuesday, April 13, 2010

OPS CEGAH di Kluster A langkah permulaan

Bestari Jaya, 14 April 2010 - Jawatankuasa Felo Residen (JFR) dengan kerjasama padu Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) telah menjalankan OPS CEGAH di Kluster A pada awal pagi sekitar jam 12.30 pagi. Operasi kali ini telah diketuai oleh Cik Logeswary mewakili Biro Keselamatan & Displin JFR. Kekuatan pasukan penguatkuasan pada operasi ini seramai 6 orang Felo dan 14 orang kakitangan JNSB. Operasi bermula di Blok A3 dan A5 yang dikenalpasti sasaran utama berdasarkan laporan pihak keselamatan dan aduan penghuni asrama. Secara keseluruhannya, matlamat operasi tercapai dengan surat saman dikeluarkan kepada penghuni yang tidak mendaftarkan alatan elektrik, rumah dalam keadaan yang kotor, penghuni yang tidak mendaftar sebagai warga asrama dan lain-lain lagi. Operasi tamat pada jam 3.00 pagi.

Operasi ini akan berlangsung secara berkala dan konsisten. Konsep lebih kepada spot check supaya penghuni asrama sentiasa menjaga rumah kediaman masing-masing dalam keadaan yang baik. Semoga usaha ini akan dapat mencapai sasaran sifar salahlaku dalam tempoh setahun. Terima kasih kepada penghuni asrama yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan operasi ini. "Nampaknya penghuni asrama semakin berwaspada dengan operasi yang telah kita lakukan, masalah salahlaku ini akan di pantau dari masa ke semasa", kata Cik Logeswary yang mengetuai operasi. "Operasi ini adalah bertujuan membentuk displin para penghuni asrama agar jangan melampaui batas, kita masih ada budi bicara", tambah Pengerusi Felo, En. Izwan Suhadak.

- Media JFR

No comments:

Post a Comment

Sila komen