Tuesday, April 13, 2010

Entri Pertama JFR Unisel

Salam & Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah akhirnya blog Jawatankuasa Felo Residen (JFR) Unisel dapat diwujudkan. Terima kasih kepada Pasukan Siber JFR yang bertungkus lumus untuk merealisasikan nya. Semoga peranan JFR dapat diperkasakan dengan membuat hebahkan kepada warga Kampus Bestari Jaya umumnya dan penghuni kolej khasnya. Jadikan juga medan blog sebagai wadah untuk mendapatkan respon daripada para penghuni kolej tentang kualiti kerja JFR. Pada masa yang sama JFR dapat menjadi orang tengah antara Pentadbiran Universiti menjelaskan isu yang timbul dari masa ke semasa.

JFR akan sasaran perubahan drastik & realistik secara berperingkat demi mengangkat martabat kolej ke arah lebih progresif dari segi pembangunan personaliti mahasiswa dan aktiviti yang seimbang jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Beberapa agenda telah ditumpukan dalam soal Penjenamaan Kolej & Penstrukturan Semula Majlis Residen. Selain itu, budaya usahawan juga akan diratakan kepada warga kolej sejajar dengan hasrat universiti dan negara yang ingin melihat daya kreatif & inovatif dalam bidang bisnes. Ini penting kerana bila mahasiswa bergraduat mereka akan mandiri dan menawarkan kerja kepada masyarakat. Suasana kolej akan dikembangkan dengan menjadi kolej adalah pilihan utama mahasiswa untuk tinggal menginap dan mencari pengalaman berorganisasi.

Mahasiswa yang tinggal di kolej sewajar bebas jenayah dan masalah disiplin. Oleh itu dalam tempoh setahun JFR sasarkan sifar salahlaku akan dapat dicapai dengan kerjasama daripada mahasiswa. Program anjuran kolej juga seharusnya mula bersifat merentas kampus, negeri dan negara. Melakukan kerja sukarelawan, turun ke kampung dan desa berbakti kepada masyarakat. Ini akan dapat mengangkat nama kolej dan universiti di mata masyarakat sekitar. Tanggapan negatif juga dapat disangkal dengan penganjuran program bakti seperti ini. Kerjasama dengan media massa juga penting supaya hebahan tersebar dengan baik.

Fasiliti kolej akan dipertingkatkan dengan cara kerjasama padu bersama pihak Unit Pembangunan Unisel & Jana Niaga Sdn Bhd. Ruang-ruang perniagaan akan disediakan untuk mahasiswa melakukan eksperimen teori yang telah dipelajari dalam bilik kuliah. Kemudahan alat sukan juga akan ditambah agar kegiatan sukan bertambah aktif dan dapat melahirkan mahasiswa yang sihat cergas. Kualiti kelajuan wireless / hotspot akan diperbaiki dari masa ke semasa atas khidmat nasihat dan penjelasan pihak ICT Centre. Sudut Pidato juga akan di buka untuk memberi ruang kepada mahasiswa penyampaikan buah fikiran bernas mereka dalam persoalan yang mendasar. Besar harapan JFR untuk melihat suatu perkembang pesat dalam segala aspek di kolej kediaman sejajar usia Unisel yang sudah mencecah 10 tahun dan status Negeri Selangor sebagai sebuah Negeri Maju sejak 2005.


Peka, Mesra & Prihatin


IZWAN SUHADAK ISHAK
Pengerusi
Jawatankuasa Felo Residen

No comments:

Post a Comment

Sila komen