Thursday, August 11, 2011

Mercun di UNISEL - tindakan segera.



Bersempena dengan perayaan Syawal yang akan menjelang tiba, didapati terdapat segelintir pelajar-pelajar bermasalah telah mula mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar lain dengan cara berbalas-balas mercun. Perbuatan tersebut telah mengakibatkan persekitaran Kediaman Jana Niaga tidak selesa, bising, kecoh dan mengganggu pelajar-pelajar yang sedang sibuk menelaah pelajaran masing-masing.


Berdasarkan siasatan awal mendapati, penghuni-penghuni kolej yang tegar bermain mercun adalah dari Kluster A dan Kluster B.

Dimaklumkan juga, pihak felo-felo kediaman dengan kerjasama pejabat keselamatan sedang memburu dan menjejaki dalang disebalik masalah yang ditimbulkan ini. Sebarang tangkapan yang dikenakan kepada pelajar yang terlibat dalam permainan mercun boleh dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah tatatertib UNISEL dengan kadar segera. Mana-mana pelajar yang didapati bersalah memiliki mercun di bilik masing-masing boleh dibuang kolej kediaman serta digantung semester.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada pelajar-pelajar di Kolej-kolej kediaman Jana Niaga agar membantu kami menjejaki anasir-anasir berkenaan untuk tujuan tangkapan. Cara yang terbaik adalah sekiranya anda melihat pemain mercun berkenaan, hubungi felo-felo yang bertugas atau pegawai keselamatan dan berikan maklumat pelaku tersebut berupa nombor bilik, blok dan nama kolej kediaman seberapa segera. Kami berjanji identiti anda akan dirahsiakan demi keselamatan.

Untuk itu, sebarang tangkapan beserta dengan bukti berdasarkan makluman yang anda berikan akan dianugerahkan saguhati berupa wang tunai sebayak RM 20.00. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di talian 013-3584737.

Adalah diharapkan dengan kerjasama yang diberikan semua pihak, akan memastikan semua penghuni di kolej-kolej kediaman sentiasa selesa dan tenteram tanpa sebarang gangguan terutamanya akibat bunyi bising mercun.

Sekian, terima kasih.


Oleh,


MOHD LUQMAN BIN TAIFOR
Ketua Felo
Kolej Za'ba (Kluster C)

luqman@unisel.edu.my
013-3584737

Wednesday, August 10, 2011

JFR Counseling session


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Dear Mahasiswa UNISEL,

Kindly be informed that, we are here to provide consultation to currently registered students in Asrama Jananiaga UNISEL. We offer counseling and consultation to help you address personal, academic, spiritual problem,cross-cultural differences, social problems (in hostel) and career concerns.

In the session, we work together to help you develop more personal awareness and the skills needed to overcome problems and help you grow and develop in ways that allow you to take advantage of the educational opportunities at the university. We are also available to provide consultation to students who are concerned about the well-being and academic success in UNISEL.

The details of the session as follow:

Time : Every Tuesday (9.00pm-11.00pm)- can be walk in or by appoinment (preferred)
Venue: Fellow Residence's House - C3-GF-3 (KOLEJ ZA'BA - Cluster C)

If you need further clarification, please do not hesitate to call me 013-3584737

Thank You and wassalam

Best Regard,

MOHD LUQMAN TAIFOR
Fellow
Kolej Za'ba (Cluster C)
luqman@unisel.edu.my
013-3584737
Bac.Islamic Revealed Knowledge & Psychology,IIUM



Friday, January 7, 2011

Program Lawatan Kepimpinan ke UIAM

GOMBAK: Tanggal 29 Januari 2010 (Sabtu) yang lalu, suatu Program Lawatan Kepimpinan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) julung-julung kalinya telah diadakan. Program yang dianjurkan oleh Kolej Pak Sako, UNISEL ini membawa rombongan seramai 43 orang ahli majlis residen, 7 orang ahli residen dan 3 orang felo pengiring. Tujuan utama program ini ialah bagi membina ukhuwwah di antara UNISEL dan UIAM di peringkat kolej/mahallah; mewujudkan perkongsian maklumat, ilmu dan pengalaman pengurusan mahallah dan program di UIAM; serta memotivasikan ahli-ahli majlis residen UNISEL dalam gerakan memajukan kolej dengan mengambil UIAM sebagai sumber rujukan awal.

Rombongan lawatan telah bertolak ke UIAM dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak UNISEL seawal jam 7:50 pagi. Sebelum bertolak, rombongan telah terlebih dahulu dihidangkan dengan sarapan pagi tajaan operator Kafe Pusat Komuniti Siswa. Dalam perjalanan, setiap peserta rombongan dihadiahkan pula dengan dua naskhah majalah Milenia dan air mineral yang disumbangkan oleh pihak i-Rakan dan operator kedai di UNISEL. Ketibaan rombongan di UIAM telah disambut oleh ahli majlis Mahallah Siddiq (siswa) dan Halimatus Saadiah (siswi). Rombongan seterusnya dibawa ke dewan makan untuk sarapan pagi, sebelum lawatan dimulakan.

Program dimulakan dengan lawatan ke kawasan dalam Mahallah Halimatus Saadiah, merangkumi lawatan ke pejabat felo, pejabat majlis mahallah, bilik mesyuarat majlis mahallah, bilik-bilik kediaman, dewan serbaguna dan tidak ketinggalan bilik menjahit. Diperhatikan bahawa kawasan sekitar mahallah ini indah dengan kebersihan, kekemasan dan tanaman-tanamannya. Tambahan pula, setiap mahallah berdiri gah dengan imej warna temanya yang tersendiri, bertujuan mewujudkan semangat persaingan di kalangan mahallah. Di saat ahli rombongan melawat bilik-bilik kediaman, kedengaran makluman-makluman penting dipancarkan daripada PA system. Uniknya, rombongan difahamkan bahawa, bagi mencuri perhatian para penghuni mahallah, lagu-lagu bercorak Islamik didahulukan sebelum sesuatu pengumuman disiarkan. Seterusnya, rombongan di bawa melawat ke kawasan luar mahallah seperti bangunan canseleri, masjid, perpustakaan dan kulliyyah-kulliyyah.

Slot kedua program yang lebih berbentuk indoor dimulakan sesudah solat Zohor dan jamuan makan tengahari. Slot ini dimulakan dengan pembentangan bertajuk Sharing Moment IIUM and UNISEL yang memberikan kefahaman tentang latar belakang, organisasi, pemilihan ahli majlis dan aktiviti-aktiviti mahallah. Manakala pembentangan kedua bertajuk How to Manage a Program mengemukakan pengalaman jawatankuasanya dalam merancang, mengurus dan melaksanakan Seminar Pembangunan Mahasiswa di Kolej Kediaman Peringkat IPT 2010 (SEPAKAT 2010) yang turut disertai oleh wakil ahli majlis residen UNISEL pada 21 hingga 23 Julai 2010. Slot ini diakhiri dengan ucapan daripada Dr. Muhd. Fuzi Omar selaku Pengetua Mahallah Siddiq dan ucapan balas daripada En. Izwan Suhadak Ishak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Felo Residen, UNISEL serta upacara penyampaian cenderahati yang disumbangkan oleh pihak Jana Niaga Sendirian Berhad. Program ditamatkan pada jam 5:30 petang selepas jamuan makan petang dan sesi bergambar. Rombongan menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum mula bergerak pulang ke UNISEL.

Dirumuskan bahawa, sebagai sebuah universiti baru, setiap entiti dalam UNISEL harus berlapang dada untuk sentiasa membuka ruang menimba ilmu dan pengalaman daripada institusi-institusi seumpamanya bagi memaksimumkan sumber sedia ada agar suasana pembelajaran yang serius turut sama disokong oleh program-program yang dapat membantu memperkasa potensi-potensi kepimpinan mahasiswa. Lebih-lebih lagi, “kita memegang harapan dan amanah mahasiswa dalam memberi makna kehidupan selama tempoh mereka di universiti”, sekadar meminjam inspirasi daripada Pengerusi Mahallah Halimatus Saadiah.

Nota:

Penghargaan juga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu kepada program ini (jika tidak tersebut dalam teks ini). Rujuk gambar-gambar kenangan yang dilampirkan.


Jazakallahu kahiran kathira.


SHIREEN MUHAMMAD

Felo Residen

Kolej Pak Sako, UNISEL

29 Januari 2011

Tuesday, December 14, 2010

OPS BERSEPADU I

Bestari Jaya, 14 Disember 2010 - Jawatankuasa Felo Residen dengan kerjasama Majlis Residen, Unit Disiplin, Unit Keselamatan & Jana Niaga Sdn Bhd telah menjalankan spot check. Fokus utama adalah pemantauan disiplin penghuni kolej kediaman secara konsisten & mendidik. Respon daripada yang terlibat melakukan operasi agak memuaskan. Unit kediaman rata-ratanya dalam keadaan teratur, bersih tetapi perlu ditingkatkan. Ada beberapa unit kediaman yang dikenalpasti dalam keadaan yang mengecewakan. Amaran telah diberikan, pemeriksaan susulan oleh ahli Majlis Residen akan dibuat dalam masa akan datang. Terima kasih kepada penghuni yang telah memberikan kerjasama dalam operasi ini. Beberapa surat saman sudah dikeluarkan atas kesalahan yang pelbagai seperti rambut berwarna & merokok. Aduan daripada penghuni juga telah diterima berkaitan dengan tindakan JNSB yang lambat membaiki kerosakan di unit kediaman. "Sila daftar barang elektrik sebelum operasi saman dilakukan", Sdr. Azam wakil daripada JNSB. OPS BERSEPADU II akan fokus kepada tanggungjawab pelajar terhadap kad matrik, sahsiah diri & kebersihan kolej.


Friday, October 15, 2010

Majlis Penganugerahan Sijil & Watikah Perlantikan

Assalammualaikum wbt..

InsyaAllah, Majlis Penganugerahan Sijil & Watikah Perlantikan kepada Majlis Residen (MR) baru & lama akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 20 Oktober 2010
Waktu : 8.30 malam
Tempat: Di Padang Court Tenis Siswi
Pakaian : Yang bersesuaian & menutup aurat

Majlis julung2 kali diadakan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Felo Residen (JFR) bagi meraikan usaha gigih MR dalam mengerakkan aktiviti-aktivti di kolej semester ini di samping mengeratkan lagi Ukhuwah sesama kita..

Tentatif Program adalah seperti berikut:-

  1. Pembuka majlis - bacaan doa
  2. Ucapan Alu-aluan dr pengerusi Majlis
  3. Watikah Perlantikan dr Pengerusi Felo
  4. Penyampaian Sijil:-
    • SPIES
    • Aktiviti (Lanskap & Syukur Ramadhan)
    • Penghargaan MR (Tamat Perkhidmatan)
    • Malam Eksperasi Seni
    • dll..
  5. Penutup majlis - bacaan doa
  6. Jamuan Ringan
Dengan ini, kami berbesar hati menjemput semua MR lama dan baru untuk sama-sama menghadirkan diri ke majlis ini yang berkonsepkan santai (xformal). Sokongan dari semua amat-amatlah dihargai.. Tanpa anda tiadalah maknanya majlis ini diadakan... :D

Sebarang soalan, bolehlah kemukakan terus kepada Ketua Felo di Kolej masing-masing atau terus kepada saya (Cik Hanisah - F3-GF-U2)..

Baik, harap maklum..

Tuesday, October 5, 2010

Calon MR yang berjaya

Senarai Calon yang berjaya di terima sebagai ahli Majlis Residen. Berikut adalah nama mereka :


BIL NAMA NO KP
1 MOHD FAIZWAN BIN JOHARI 910501-03-5803
2 MOHD SHAFIQ BIN BANI 871222-10-5021
3 LEE SHI WEI 900820-10-5451
4 SYED AMIRUL MUKMININ BIN SYED HAMZAH 910208-10-5817
5 ZATIL AKMAL ZUKIFLI 890911-14-5938
6 AMIRUL AQILAH BIN SAIFULLAH MASLUL 920712-10-5743
7 ROUSIL NURNAZRIN BIN ROSLI 920729-14-6605
8 MUHAMED SYAHMI FARIS BIN TAJUDDIN 900402-11-1315
9 LATIFATUL ZAYANI BINTI IBRAHIM 881013-06-5894
10 NUR NADIAH SHOHAR 900815-06-5870
11 SUZAINI BINTI SUHAIMI 900407-06-5820

Pertemuan akan diadakan dalam masa terdekat dan dimaklumkan melalui sms.

Thursday, September 23, 2010

Dewan Undangan Kolej terlaksana

Bestari Jaya, 22 September 2010 - Jawatakuasa Felo Residen dengan usahasama Kolej Kediaman telah menganjurkan Dewan Undangan Kolej (DUK). Program ini adalah julang kali diadakan bertujuan mewujudkan platform kepada mahasiswa membincangkan secara berhikmah isu sekitar pembangunan dan pentadbiran kolej. DUK telah digeraklaksanakan oleh Kolej Munsyi Abdullah. Pengarah program, Sdr Khairul Anwar Korai telah mendapatkan kelulusan penganjuran daripada pihak JFR dan Prof Madya Zainal Abidin Kidam, Timbalan Naib Canselor HEP.

DUK telah diadakan di Dewan Senat dengan perwakilan yang hadir antaranya adalah wakil JFR, Jana Niaga Sdn Bhd, Kursi Khas, Kolej Munsyi Abdullah, Kolej Zaaba, Kolej Hamka, Kolej Burhanuddin Helmy dan Kolej Rahim Kajai. Antara isu yang dibahaskan adalah gejala sosial, sampah sarah, anjing berkeliaran, pengurusan kolej, perkhidmatan wireless, status HALAL di kafeteria dan lain-lain.

Hasil perbahasan beberapa persetujuan telah dicapai dan akan dilaksanakan secara kolektif dan bersama bagi setiap organisasi yang diwakili. Perwakilan menyarankan agar persidangan akan dilaksanakan pada masa hadapan secara berkala dan konsisten. Turut hadir Pengerusi JFR, En Izwan Suhadak sebagai Speaker Dewan Undangan Kolej.

Monday, September 20, 2010

MAKLUMAN TEMUDUGA AHLI MAJLIS RESIDEN 2010/2011

Rujukan: JFR/2010/MR/2

Kepada

Semua Siswa-Siswi
Universiti Industri Selangor
Kampus Bestari Jaya.
20 September 2010


Siswa/ Siswi

MAKLUMAN TEMUDUGA AHLI MAJLIS RESIDEN 2010/2011


Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa satu temuduga bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis Residen Sesi 2010/2011. Temuduga akan dilaksanakan pada tanggal 28-30 September 2010. Siswa/Siswi yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berpeluang menjadi Ahli Majlis Residen Sesi 2010/2011.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :-

1. Berketrampilan dan memiliki sahsiah yang baik.
2. Boleh bekerja dalam tekanan dan kumpulan.
3. Memiliki pengalaman organisasi di sekolah/kolej/universiti/dll.
4. Sedia memberikan dan melaksanakan idea kreatif & inovatif.
5. Berazam untuk memartabatkan kolej & universiti.
6. Tidak pernah terlibat dalam salahlaku disiplin & jenayah.
7. Keputusan CGPA yang baik (2.5 dan ke atas).


Kelebihan sebagai ahli Majlis Residen adalah seperti berikut :-

1. Jaminan penempatan setahun mengikut sistem semester universiti.
2. Parkir khas disediakan di dalam kawasan Residen Komuniti Siswa.
3. Latihan / bengkel Kepemimpinan secara berkala.
4. Malam Anugerah Kecemerlangan Kepemimpinan Kolej.

Nota : Kelebihan akan digugurkan jika Majlis Residen didapati tidak aktif oleh Felo

Sila dapatkan Borang Permohonan Majlis Residen dengan muat turun di hiperlink Borang Permohonan Ahli Majlis Residen bermula hari ini. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada 24 September 2010 ke emel izwan@unisel.edu.my. Semasa sesi temuduga sila bawa salinan borang permohonan dan pemohon boleh memilih tarikh 28 sehingga 30 September 2010 untuk ditemuduga. Sekian, terima kasih.



PEKA, MESRA & PRIHATIN



Yang benar,



IZWAN SUHADAK BIN ISHAK
Pengerusi
Jawatankuasa Felo Residen
017-6560102

s/k - Unit Kediaman Pelajar
- Fail JFR

Tuesday, August 24, 2010

PENTING : Bancian Malaysia peringkat Kolej Kediaman Unisel

Salam & Sejahtera,

Saya ingin menarik perhatian tuan/puan berkaitan dengan Banciaan Malaysia di peringkat Kolej Kediaman Unisel. Pihak HEP (Tn Hj Azrin) telah meminta JFR dan MR untuk menjayakan bancian bagi mendapatkan maklumat setiap penghuni yang tinggal di kolej. Borang bancian perlu diserahkan pada hari Khamis esok pagi. Oleh yang demikian gerak kerja bancian perlu dilaksanakan pada malam ini juga selepas 12.00 malam. Dengan itu, mohon Ketua Felo kolej-kolej untuk maklumkan kepada Majlis Residen agar hadir taklimat bancian seperti maklumat di bawah:

Masa : 10.00 mlm
Tarikh : 25 Ogos 2010 (Rabu)
Tempat : Dewan Besar atas Kafeteria PKP

Setiap kolej perlu menghantar semua ahli Majlis Residen untuk menghadiri taklimat ini. Digalakkan juga penglibatan penghuni kolej lain untuk turut serta. Sebagai penghargaan, pelajar terbabit akan dimasukkan ke dalam senarai Felo bagi penempatan kolej pada semester hadapan.  Kehadiran adalah WAJIB untuk Majlis Residen. Bagi yang ada kelas sila berikan surat makluman kepada Ketua Felo masing-masing.

Nota : Ketua Felo setiap kolej juga dialu-alukan untuk hadir.

"Menurut Perintah"


IZWAN SUHADAK ISHAK
Pengerusi 
Jawatankuasa Felo Residen

Tuesday, July 20, 2010

JFR hantar 2 wakil ke SEPAKAT 2010

Jawatankuasa Felo Residen telah bersetuju untuk menghantar Muhamad Idzham B. Baharin dari Kolej Munsyi Abdullah & Suhada Binti Kasim dari Kolej Pak Sako untuk mewakili kolej bagi menghadiri Seminar Pembangunan Mahasiswa di Kolej Kediaman peringkat IPT 2010 (SEPAKAT 2010) bertempat di UIA, Gombak. Mereka juga akan mengadakan perkongsian ilmu selepas pulang daripada program bersama Majlis Residen dan Jawatankuasa Felo Residen. Masa dan tempat akan dimaklumkan pada masa terdekat.

Kolej Pak Sako anjur Malam Selaut Kasih

Bestari Jaya, 20 Jul 2010 - Kolej Pak Sako melangkah maju dengan mengadakan Malam Selaut Kasih diperkarangan kolej menghimpunkan selaut penghuni seramai hampir 300 orang. Acara yang ringkas tetapi meriah dengan hiasan di tengah-tengah bulatan menarik perhatian ramai. Program yang bermula jam 11.00 malam turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Felo Residen (JFR), En Izwan Suhadak Ishak dan Ketua Felo, Cik Shireen serta Cik Nafiza.

Pengerusi Majlis Residen (MR) memulakan dengan kata-kata aluan kemudian menjemput En Izwan menyampaikan ucapan perangsang dihadapan warga kolej yang penuh bersemangat. "Tahniah kepada Felo dan Majlis Residen kerana bertungkus lumus menjayakan program seumpama ini.", kata En Izwan dalam ucapannya. Dalam sesi berikut, Pengerusi MR memperkenalkan logo, visi, misi, objektif Kolej Pak Sako (KPS). Menarik perhatian adalah sorakan rasmi KPS yang diketuai oleh ahli MR. Upacara memotong reben merasmikan program oleh Pengerusi JFR menamatkan acara dan hujan pun mencurah ke bumi KPS.

Monday, July 19, 2010

Temuduga calon Felo

Bestari Jaya 19 Julai 10 - Jawatankuasa Felo Residen (JFR) dan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menemuduga calon Felo bagi pengambilan bulan Ogos. Ini adalah bertujuan untuk mengisi tiga kekosongan jawatan Felo di kolej kediaman. Panel penilai terdiri daripada Pengerusi JFR, Sdr Izwan Suhadak Bin Ishak, Cik Hanisah (Ketua Felo Usman Awang) dan Tn Hj Azrin selaku Penolong Pendaftar.

Antara kriteria yang diambil kira adalah pengalaman dalam organisasi dan penglibatan dalam kolej semasa calon belajar. Ciri tambahan yang turut dilihat adalah keupayaang menjalankan ruqyah (rawatan rohani) bagi mendepani pelajar yang terkena histeria. Calon yang berjaya akan dimaklumkan oleh Unit Kediaman Pelajar, HEP dalam masa terdekat. Insya Allah akan ada sesi kedua bagi memberi lagi peluang kepada staf Gred A yang berminat menyumbang kepada pembangunan kolej.

Sunday, July 11, 2010

Pemberitahuan Kekosongan Jawatan Felo Residen

Pemberitahuan ini bertujuan untuk mempelawa warga kerja UNISEL yang berminat dan memenuhi syarat-syarat kelayakan di bawah untuk memohon jawatan Felo Residen di Asrama Jana Niaga, Kampus UNISEL Bestari Jaya



Antara tugas-tugas Felo Residen :-

· Menggalakkan aktiviti-aktiviti pelajar yang menjurus ke arah keintektualan, kerohanian, kemasyarakatan, kebajikan, sukan, riadah dan gaya hidup sihat.

· Memberi bimbingan dan membantu menyelesaikan masalah pelajar menerusi kaunseling dan khidmat nasihat.

· Membantu siswa/i bagi mendapatkan rawatan di klinik kampus atau luar bagi kes-kes kecemasan.

· Memantau dan mengawasi tatatertib siswa/i bagi memastikan Peraturan Am, Tatatertib dan Peraturan Keselamatan Asrama dipatuhi.

· Bekerjasama dengan Unit Kediaman Pelajar, HEP dan Jana Niaga Sdn. Bhd. (JNSB) dalam hal-hal berkaitan pengurusan penginapan pelajar.

Syarat-syarat Kelayakan :-

· Warganegara Malaysia

· Kakitangan kategori Kumpulan A (Pengurusan & Profesional)

· Berjawatan tetap / kontrak
· Lain-lain syarat (diberi keutamaan)
- Berpengalaman dalam pengurusan kolej dan aktiviti pelajar
- Memiliki Lesen Memandu Kelas D
- Memiliki kenderaan sendiri
- Mampu bekerja dalam satu pasukan dan bertugas di luar waktu pejabat
- Mesra pelajar


Cara-cara memohon :-
Permohonan adalah menerusi borang dan hendaklah dihantar ke Pejabat Unit Kediaman Pelajar, HEP di Bangunan Canseleri, Kampus UNISEL Bestari Jaya selewat-lewatnya pada 14hb Julai 2010. Calon-calon akan disenarai pendek dan akan dipanggil temuduga pada 16hb Julai 2010 (tertakluk kepada perubahan).

UNIT KEDIAMAN PELAJAR, HEP
Tel : 03-32898281 Faks : 03-32898812 Emel : residenbj@unisel.edu.my L/Web : http://kediaman.unisel.edu.my

Tuesday, July 6, 2010

Malam Kebudayaan Nusantara

Program silaturahmi mahasiswa Indonesia anjuran Institut Kajian Malaysia Indonesia akan mengadakan Malam Kebudayaan Nusantara di Dewan Biru pada 7 Julai 2010, Rabu di Dewan Biru pada jam 8.00 malam. Semoga program ini akan dapat mengeratkan silaturahim antara mahasiswa Malaysia Indonesia. Dijemput semua ahli Majlis Residen dan warga kolej untuk turut serta menikmati persembahan daripada mereka. Berikut adalah aturcara majlis :

ATURCARA MAJLIS

MALAM KEBUDAYAAN SEMPENA PROGRAM PENUTUP LAWATAN DARI

LP3I DAN STIAMI, INDONESIA

Masa Program

8.00 malam Ucapan Aluan

8.10 malam Ucapan Wakil Delegasi

8.20 malam Ucapan Dekan

FSSPI / Pengarah IKMI

8.30 malam Persembahan Kebudayaan

9.30 malam Penyampaian Sijil

10.00 malam Bersurai



IZWAN SUHADAK ISHAK
Pengerusi
Jawatankuasa Felo Residen

Sunday, July 4, 2010

Program SPIES..

Assalammualaikum wbt..

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HEP yang mengadakan program ini kepada para pelajar terutama Majlis Residen (MR) yang baru tertubuh.. Tidak dilupakan juga kepada MR yang terlibat seramai 48 orang kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga melibatkan diri dalam program ini. Juga kepada semua Urusetia program yang bertungkus lumus melaksanakan dan membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada En Zulkifli bin Mohd Kamil(Penolong Pendaftar HEP) dan Prof. Madya Haji Zainal Abidin bin Kidam (TNC HEP) kerana sudi hadir dan sekaligus merasmikan majlis penutup program tersebut.



Pelbagai aktiviti telah dijalankan samada indoor & outdoor. Program Indoor lebih kepada slot memperincikan SPIES itu sendiri yang terdiri dari 5 elemen utama iaitu :-





S – Spiritual

P – Physical

I – Intellectual

E – Emotional

S – Social






Progam outdoor pula mengaplikasikan apa yang dipelajari dari 5 elemen tersebut. Aktiviti yang dijalankan adalah membuat rakit sendiri & mendayung rakit bersama kumpulan masing-masing ke destinasi yang dituju. Beberapa kejadian tidak diingini telah berlaku, namun ia tidak mematahkan semangat mereka meneruskan perjuangan sampai ke destinasi. Saya secara jujurnya berasa bangga akan sikap kegigihan dan semangat yang ditunjukkan oleh para peserta yang tidak mengenal putus asa untuk terus berusaha sama-sama bekerjasama antara satu sama lain.






Selain itu senaman pagi dijalankan sebagai aktivti riadah di samping merehatkan minda dan fizikal para peserta program.



Alhamdulillah, semuanya telah berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak mendung dan hujan di sana. Tapi ia tidak mematahkan semangat para peserta dan Urusetia untuk meneruskan program tersebut. Gambar-gambar yang telah diambil akan diupload tak lama lagi. Diharap bersabar. Surat pelepasan kuliah akan diberikan kepada pelajar yang ada kelas pada hari jumaat dan sabtu lepas. Bila masa/tempat untuk mendapatkan surat tersebut akan dimaklumkan kemudian.





Akhir kata, diharapkan dengan berakhirnya program ini, bukan bermakna berakhirnya semangat berkobar-kobar sepertimana semasa dalam program tersebut. Malah gunakanlah apa yang diperolehi , samada ilmu/pengalaman tersebut ke arah hala tuju yang membina hidup yang lebih baik. Terutama sekali sebagai seorang pemimpin kepada siswa/siswi UNISEL, jadilah seorang pemimpin yang berwibawa. Jangan lupa dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang tidak dapat melibatkan diri dalam program tersebut.


Baik, yang melaporkan,


Hanisah Ahmad

(Felo Usman Awang)