Thursday, August 11, 2011
Mercun di UNISEL - tindakan segera.
Bersempena dengan perayaan Syawal yang akan menjelang tiba, didapati terdapat segelintir pelajar-pelajar bermasalah telah mula mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar lain dengan cara berbalas-balas mercun. Perbuatan tersebut telah mengakibatkan persekitaran Kediaman Jana Niaga tidak selesa, bising, kecoh dan mengganggu pelajar-pelajar yang sedang sibuk menelaah pelajaran masing-masing.
Berdasarkan siasatan awal mendapati, penghuni-penghuni kolej yang tegar bermain mercun adalah dari Kluster A dan Kluster B.
Dimaklumkan juga, pihak felo-felo kediaman dengan kerjasama pejabat keselamatan sedang memburu dan menjejaki dalang disebalik masalah yang ditimbulkan ini. Sebarang tangkapan yang dikenakan kepada pelajar yang terlibat dalam permainan mercun boleh dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah tatatertib UNISEL dengan kadar segera. Mana-mana pelajar yang didapati bersalah memiliki mercun di bilik masing-masing boleh dibuang kolej kediaman serta digantung semester.
Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada pelajar-pelajar di Kolej-kolej kediaman Jana Niaga agar membantu kami menjejaki anasir-anasir berkenaan untuk tujuan tangkapan. Cara yang terbaik adalah sekiranya anda melihat pemain mercun berkenaan, hubungi felo-felo yang bertugas atau pegawai keselamatan dan berikan maklumat pelaku tersebut berupa nombor bilik, blok dan nama kolej kediaman seberapa segera. Kami berjanji identiti anda akan dirahsiakan demi keselamatan.
Untuk itu, sebarang tangkapan beserta dengan bukti berdasarkan makluman yang anda berikan akan dianugerahkan saguhati berupa wang tunai sebayak RM 20.00. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di talian 013-3584737.
Adalah diharapkan dengan kerjasama yang diberikan semua pihak, akan memastikan semua penghuni di kolej-kolej kediaman sentiasa selesa dan tenteram tanpa sebarang gangguan terutamanya akibat bunyi bising mercun.
Sekian, terima kasih.
Oleh,
MOHD LUQMAN BIN TAIFOR
Ketua Felo
Kolej Za'ba (Kluster C)
luqman@unisel.edu.my
013-3584737
Wednesday, August 10, 2011
JFR Counseling session
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dear Mahasiswa UNISEL,
Kindly be informed that, we are here to provide consultation to currently registered students in Asrama Jananiaga UNISEL. We offer counseling and consultation to help you address personal, academic, spiritual problem,cross-cultural differences, social problems (in hostel) and career concerns.
In the session, we work together to help you develop more personal awareness and the skills needed to overcome problems and help you grow and develop in ways that allow you to take advantage of the educational opportunities at the university. We are also available to provide consultation to students who are concerned about the well-being and academic success in UNISEL.
The details of the session as follow:
Time : Every Tuesday (9.00pm-11.00pm)- can be walk in or by appoinment (preferred)
Venue: Fellow Residence's House - C3-GF-3 (KOLEJ ZA'BA - Cluster C)
If you need further clarification, please do not hesitate to call me 013-3584737
Thank You and wassalam
Best Regard,
MOHD LUQMAN TAIFOR
Fellow
Kolej Za'ba (Cluster C)
luqman@unisel.edu.my
013-3584737
Bac.Islamic Revealed Knowledge & Psychology,IIUM
Friday, January 7, 2011
Program Lawatan Kepimpinan ke UIAM
Rombongan lawatan telah bertolak ke UIAM dengan menaiki sebuah bas yang disediakan oleh pihak UNISEL seawal jam 7:50 pagi. Sebelum bertolak, rombongan telah terlebih dahulu dihidangkan dengan sarapan pagi tajaan operator Kafe Pusat Komuniti Siswa. Dalam perjalanan, setiap peserta rombongan dihadiahkan pula dengan dua naskhah majalah Milenia dan air mineral yang disumbangkan oleh pihak i-Rakan dan operator kedai di UNISEL. Ketibaan rombongan di UIAM telah disambut oleh ahli majlis Mahallah Siddiq (siswa) dan Halimatus Saadiah (siswi). Rombongan seterusnya dibawa ke dewan makan untuk sarapan pagi, sebelum lawatan dimulakan.
Program dimulakan dengan lawatan ke kawasan dalam Mahallah Halimatus Saadiah, merangkumi lawatan ke pejabat felo, pejabat majlis mahallah, bilik mesyuarat majlis mahallah, bilik-bilik kediaman, dewan serbaguna dan tidak ketinggalan bilik menjahit. Diperhatikan bahawa kawasan sekitar mahallah ini indah dengan kebersihan, kekemasan dan tanaman-tanamannya. Tambahan pula, setiap mahallah berdiri gah dengan imej warna temanya yang tersendiri, bertujuan mewujudkan semangat persaingan di kalangan mahallah. Di saat ahli rombongan melawat bilik-bilik kediaman, kedengaran makluman-makluman penting dipancarkan daripada PA system. Uniknya, rombongan difahamkan bahawa, bagi mencuri perhatian para penghuni mahallah, lagu-lagu bercorak Islamik didahulukan sebelum sesuatu pengumuman disiarkan. Seterusnya, rombongan di bawa melawat ke kawasan luar mahallah seperti bangunan canseleri, masjid, perpustakaan dan kulliyyah-kulliyyah.
Slot kedua program yang lebih berbentuk indoor dimulakan sesudah solat Zohor dan jamuan makan tengahari. Slot ini dimulakan dengan pembentangan bertajuk Sharing Moment IIUM and UNISEL yang memberikan kefahaman tentang latar belakang, organisasi, pemilihan ahli majlis dan aktiviti-aktiviti mahallah. Manakala pembentangan kedua bertajuk How to Manage a Program mengemukakan pengalaman jawatankuasanya dalam merancang, mengurus dan melaksanakan Seminar Pembangunan Mahasiswa di Kolej Kediaman Peringkat IPT 2010 (SEPAKAT 2010) yang turut disertai oleh wakil ahli majlis residen UNISEL pada 21 hingga 23 Julai 2010. Slot ini diakhiri dengan ucapan daripada Dr. Muhd. Fuzi Omar selaku Pengetua Mahallah Siddiq dan ucapan balas daripada En. Izwan Suhadak Ishak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Felo Residen, UNISEL serta upacara penyampaian cenderahati yang disumbangkan oleh pihak Jana Niaga Sendirian Berhad. Program ditamatkan pada jam 5:30 petang selepas jamuan makan petang dan sesi bergambar. Rombongan menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum mula bergerak pulang ke UNISEL.
Dirumuskan bahawa, sebagai sebuah universiti baru, setiap entiti dalam UNISEL harus berlapang dada untuk sentiasa membuka ruang menimba ilmu dan pengalaman daripada institusi-institusi seumpamanya bagi memaksimumkan sumber sedia ada agar suasana pembelajaran yang serius turut sama disokong oleh program-program yang dapat membantu memperkasa potensi-potensi kepimpinan mahasiswa. Lebih-lebih lagi, “kita memegang harapan dan amanah mahasiswa dalam memberi makna kehidupan selama tempoh mereka di universiti”, sekadar meminjam inspirasi daripada Pengerusi Mahallah Halimatus Saadiah.
Nota:
Penghargaan juga kepada semua pihak yang telah memberi sokongan padu kepada program ini (jika tidak tersebut dalam teks ini). Rujuk gambar-gambar kenangan yang dilampirkan.
Jazakallahu kahiran kathira.
SHIREEN MUHAMMAD
Felo Residen
Kolej Pak Sako, UNISEL
29 Januari 2011