Sungai Buloh, 2 Jun 2010 - Felo telah dijemput ke Makan Malam Mesra oleh Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) di Restoran Cheing Mai di sini. Seramai 6 orang felo yang hadir ke acara tersebut beramah mesra bersama wakil daripada JNSB. Ini adalah acara pertama kali yang dilaksanakan untuk merapatkan lagi jalinan ukhwah secara tidak rasmi. Sesi diskusi kritis antara felo dan pihak JNSB banyak menyelesaikan isu-isu berbangkit selama ini. Tuan Samsul yang mewakili JNSB mengucapkan terima kasih kepada JFR atas kerjasama padu selama ini. En Izwan Suhadak, Pengerusi JFR berpesan agar setiap felo dapat menjalankan amanah secara ikhlas dan konsisten dan mengharapkan pihak JNSB sentiasa menambahbaik pelaksanaan pengurusan kolej pada masa hadapan.
No comments:
Post a Comment
Sila komen