Thursday, May 13, 2010

Temuduga Majlis Residen berjaya

Bestarai Jaya, 13 Mei 2010 - Jawatankuasa Felo Residen (JFR) telah menjalankan sesi Temuduga Majlis Residen kali-3 di Bilik Gerakan Felo, PKP. Hampir 50 orang calon yang hadir untuk sesi kali ini. Panel yang mengendalikan temuduga adalah En. Khairul Anuar, Cik Hanisah dan En Izwan Suhadak yang merupakan Pengerusi JFR. Keputusan akan dikeluarkan pada Isnin 17 Mei 2010 pada laman blog (http://jfrunisel.blogspot.com/) dan melalui telefon. Bagi yang berjaya mereka akan ditempatkan di kolej yang telah ditetapkan oleh JFR dengan kediaman khas untuk Ahli Majlis Residen (MR) yang akan dilengkapi dengan kemudahan seperti TV, peti air, papan notis, meja mesyuarat. Kediaman MR akan berfungsi sebagai bilik gerakan kolej dan pusat khidmat pelajar bagi memajukan lagi kolej kediaman dalam soal kebajikan dan pembangunan personaliti mahasiswa. Hanya 90 orang sahaja yang akan dipilih untuk MR untuk ditempatkan di 9 kolej yang mempunyai nama tokoh.

No comments:

Post a Comment

Sila komen