Tuesday, April 20, 2010

MAKLUMAN PEMILIHAN AHLI MAJLIS RESIDEN 2010/2011


Rujukan: JFR/2010/MR/1

Kepada

Semua Siswa-Siswi
Penghuni Asrama
Universiti Industri Selangor
Kampus Bestari Jaya. 
21 April 2010


Siswa/ Siswi

MAKLUMAN PEMILIHAN AHLI MAJLIS RESIDEN 2010/2011

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa satu pemilihan untuk memilih Ahli Majlis Residen Sesi 2010/2011 akan dilaksanakan pada tanggal 30 April 2010 (Jumaat) secara temuduga.

Siswa/Siswi yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berpeluang menjadi Ahli Majlis Residen Sesi 2010/2011. Jumlah yang diperuntukkan adalah 10 (4 MT & 6 Exco) orang untuk setiap kluster. Maka keseluruhannya adalah sejumlah 90 orang yang akan dilantik untuk memenuhi Majlis Residen bagi Sembilan kluster.

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :-

1.      Berketrampilan dan memiliki sahsiah yang baik.
2.      Boleh bekerja dalam tekanan dan kumpulan.
3.      Memiliki pengalaman organisasi di sekolah/kolej/university/dll.
4.      Sedia memberikan dan melaksanakan idea kreatif & inovatif.
5.      Berazam untuk memartabatkan kolej & universiti.
6.      Tidak pernah terlibat dalam salahlaku disiplin & jenayah.
7.      Keputusan CGPA yang baik (2.5 dan ke atas).
 
Kelebihan sebagai ahli Majlis Residen adalah seperti berikut :-

1.      Jaminan penempatan setahun mengikut sistem semester universiti.
2.      Diberi keistimewaan unit kediaman yang lengkap dengan TV & peti ais.
3.      Parkir khas disediakan di dalam kawasan Residen Komuniti Siswa.
4.      Latihan / bengkel Kepemimpinan secara berkala.
5.      Malam Anugerah Kecemerlangan Kepemimpinan Kolej.

Sila dapatkan Borang Permohonan Majlis Residen di Pejabat Hal Ehwal Pelajar atau muat turun di URL : http://jfrunisel.blogspot.com/ bermula hari ini. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada 26 April 2010. Senarai nama calon yang layak akan di SMS pada 27 April 2010. Sekian, terima kasih.



PEKA, MESRA & PRIHATIN



Yang benar,



IZWAN SUHADAK BIN ISHAK
Pengerusi
Jawatankuasa Felo Residen

s/k        -           Unit Kediaman Pelajar
-           Fail JFR


Nota : Sila muat turun borang di bawah:

Borang Permohonan Ahli Majlis Residen

No comments:

Post a Comment

Sila komen