Rujukan: JFR/2010/MR/2
Kepada
Semua Siswa-Siswi
Universiti Industri Selangor
Kampus Bestari Jaya.
26 April 2010
Siswa/ Siswi
MAKLUMAN PEMILIHAN AHLI MAJLIS RESIDEN 2010/2011
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa satu pemilihan untuk memilih Ahli Majlis Residen Sesi 2010/2011 akan dilaksanakan pada tanggal 30 April 2010 (Jumaat) secara temuduga.
Siswa/Siswi yang berminat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan berpeluang menjadi Ahli Majlis Residen Sesi 2010/2011. Jumlah yang diperuntukkan adalah 10 (4 MT & 6 Exco) orang untuk setiap kluster. Maka keseluruhannya adalah sejumlah 90 orang yang akan dilantik untuk memenuhi Majlis Residen bagi Sembilan kluster.
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :-
1. Berketrampilan dan memiliki sahsiah yang baik.
2. Boleh bekerja dalam tekanan dan kumpulan.
3. Memiliki pengalaman organisasi di sekolah/kolej/university/dll.
4. Sedia memberikan dan melaksanakan idea kreatif & inovatif.
5. Berazam untuk memartabatkan kolej & universiti.
6. Tidak pernah terlibat dalam salahlaku disiplin & jenayah.
7. Keputusan CGPA yang baik (2.5 dan ke atas).
1. Jaminan penempatan setahun mengikut sistem semester universiti.
2. Diberi keistimewaan unit kediaman yang lengkap dengan TV & peti ais.
3. Parkir khas disediakan di dalam kawasan Residen Komuniti Siswa.
4. Latihan / bengkel Kepemimpinan secara berkala.
5. Malam Anugerah Kecemerlangan Kepemimpinan Kolej.
Sila dapatkan Borang Permohonan Majlis Residen di Pejabat Hal Ehwal Pelajar atau muat turun di URL : http://jfrunisel.blogspot.com/ bermula hari ini. Borang permohonan yang telah lengkap perlu dihantar selewat-lewatnya pada 29 April 2010. Senarai nama calon yang layak akan di SMS pada malam 29 April 2010 . Sekian, terima kasih.
PEKA, MESRA & PRIHATIN
Yang benar,
IZWAN SUHADAK BIN ISHAK
Pengerusi
Jawatankuasa Felo Residen
s/k - Unit Kediaman Pelajar