Friday, October 15, 2010

Majlis Penganugerahan Sijil & Watikah Perlantikan

Assalammualaikum wbt..

InsyaAllah, Majlis Penganugerahan Sijil & Watikah Perlantikan kepada Majlis Residen (MR) baru & lama akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 20 Oktober 2010
Waktu : 8.30 malam
Tempat: Di Padang Court Tenis Siswi
Pakaian : Yang bersesuaian & menutup aurat

Majlis julung2 kali diadakan ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Felo Residen (JFR) bagi meraikan usaha gigih MR dalam mengerakkan aktiviti-aktivti di kolej semester ini di samping mengeratkan lagi Ukhuwah sesama kita..

Tentatif Program adalah seperti berikut:-

  1. Pembuka majlis - bacaan doa
  2. Ucapan Alu-aluan dr pengerusi Majlis
  3. Watikah Perlantikan dr Pengerusi Felo
  4. Penyampaian Sijil:-
    • SPIES
    • Aktiviti (Lanskap & Syukur Ramadhan)
    • Penghargaan MR (Tamat Perkhidmatan)
    • Malam Eksperasi Seni
    • dll..
  5. Penutup majlis - bacaan doa
  6. Jamuan Ringan
Dengan ini, kami berbesar hati menjemput semua MR lama dan baru untuk sama-sama menghadirkan diri ke majlis ini yang berkonsepkan santai (xformal). Sokongan dari semua amat-amatlah dihargai.. Tanpa anda tiadalah maknanya majlis ini diadakan... :D

Sebarang soalan, bolehlah kemukakan terus kepada Ketua Felo di Kolej masing-masing atau terus kepada saya (Cik Hanisah - F3-GF-U2)..

Baik, harap maklum..

1 comment:

  1. assalamualaikum,
    saya mohd shafiq bin bani, memohon beribu kemaafan atas ketidakhadiran saya.ini kerana tiada mana2 pihak yg memaklumkan kpd saya akan perkara ini. Justeru itu ketidakhadiran saya bukan disengajakan.dan saya memohon maaf sekali lagi. Semoga sebarang maklumat yg terbaru dapat disampaikan terus kepada saya agar tidak berlaku sebarang salah faham kelak.

    ReplyDelete

Sila komen