Thursday, September 23, 2010

Dewan Undangan Kolej terlaksana

Bestari Jaya, 22 September 2010 - Jawatakuasa Felo Residen dengan usahasama Kolej Kediaman telah menganjurkan Dewan Undangan Kolej (DUK). Program ini adalah julang kali diadakan bertujuan mewujudkan platform kepada mahasiswa membincangkan secara berhikmah isu sekitar pembangunan dan pentadbiran kolej. DUK telah digeraklaksanakan oleh Kolej Munsyi Abdullah. Pengarah program, Sdr Khairul Anwar Korai telah mendapatkan kelulusan penganjuran daripada pihak JFR dan Prof Madya Zainal Abidin Kidam, Timbalan Naib Canselor HEP.

DUK telah diadakan di Dewan Senat dengan perwakilan yang hadir antaranya adalah wakil JFR, Jana Niaga Sdn Bhd, Kursi Khas, Kolej Munsyi Abdullah, Kolej Zaaba, Kolej Hamka, Kolej Burhanuddin Helmy dan Kolej Rahim Kajai. Antara isu yang dibahaskan adalah gejala sosial, sampah sarah, anjing berkeliaran, pengurusan kolej, perkhidmatan wireless, status HALAL di kafeteria dan lain-lain.

Hasil perbahasan beberapa persetujuan telah dicapai dan akan dilaksanakan secara kolektif dan bersama bagi setiap organisasi yang diwakili. Perwakilan menyarankan agar persidangan akan dilaksanakan pada masa hadapan secara berkala dan konsisten. Turut hadir Pengerusi JFR, En Izwan Suhadak sebagai Speaker Dewan Undangan Kolej.

No comments:

Post a Comment

Sila komen