Thursday, August 11, 2011

Mercun di UNISEL - tindakan segera.



Bersempena dengan perayaan Syawal yang akan menjelang tiba, didapati terdapat segelintir pelajar-pelajar bermasalah telah mula mengganggu ketenteraman pelajar-pelajar lain dengan cara berbalas-balas mercun. Perbuatan tersebut telah mengakibatkan persekitaran Kediaman Jana Niaga tidak selesa, bising, kecoh dan mengganggu pelajar-pelajar yang sedang sibuk menelaah pelajaran masing-masing.


Berdasarkan siasatan awal mendapati, penghuni-penghuni kolej yang tegar bermain mercun adalah dari Kluster A dan Kluster B.

Dimaklumkan juga, pihak felo-felo kediaman dengan kerjasama pejabat keselamatan sedang memburu dan menjejaki dalang disebalik masalah yang ditimbulkan ini. Sebarang tangkapan yang dikenakan kepada pelajar yang terlibat dalam permainan mercun boleh dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah tatatertib UNISEL dengan kadar segera. Mana-mana pelajar yang didapati bersalah memiliki mercun di bilik masing-masing boleh dibuang kolej kediaman serta digantung semester.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru kepada pelajar-pelajar di Kolej-kolej kediaman Jana Niaga agar membantu kami menjejaki anasir-anasir berkenaan untuk tujuan tangkapan. Cara yang terbaik adalah sekiranya anda melihat pemain mercun berkenaan, hubungi felo-felo yang bertugas atau pegawai keselamatan dan berikan maklumat pelaku tersebut berupa nombor bilik, blok dan nama kolej kediaman seberapa segera. Kami berjanji identiti anda akan dirahsiakan demi keselamatan.

Untuk itu, sebarang tangkapan beserta dengan bukti berdasarkan makluman yang anda berikan akan dianugerahkan saguhati berupa wang tunai sebayak RM 20.00. Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya di talian 013-3584737.

Adalah diharapkan dengan kerjasama yang diberikan semua pihak, akan memastikan semua penghuni di kolej-kolej kediaman sentiasa selesa dan tenteram tanpa sebarang gangguan terutamanya akibat bunyi bising mercun.

Sekian, terima kasih.


Oleh,


MOHD LUQMAN BIN TAIFOR
Ketua Felo
Kolej Za'ba (Kluster C)

luqman@unisel.edu.my
013-3584737

No comments:

Post a Comment

Sila komen